Posts

Showing posts from June, 2013

keindahan d USM tercinta~ dan mood axem

Assalamualaikum..  well petang tadi,setelah sekian lamenye aku xkuo berjogging n duduk bertapa je dalam bilik akhirnya aku insaf...lalu berjoging kuarkan peluh haha. ok firstly yg aku nk citer kali ni yalah tempat2 menarik dan damai yg aku suka d bumi minden nih. aku kalo joging aku ska pg kat area bukit dekat ngan school of literacy tu. lepas 2 round joging then aku kan duduk melepak kat situ..view nya sangat2 indah .amin keindahan ciptann-Nya tiada tolok banding.kalau saat tu aku yalah seorang yg dikurniakan bakat melukis dah lama aku lukis pemandangan yg menarik kat area tu kat situ boleh nampak ngan jelas jambatan pertama pulau pinang ( yg mantap dan xruntuh ok ) n seluas pemandangan mata memandang dan menegok.cantik,tenang mata memandang..indah dan damai hati merasakan. tengok atas,nampak burung layang2 terbang bebas ,pandang depan rasai sentuhan angin sepoi2 bahasa..pandang bawah nampak sayup kenderaan bertali arus....  berat pon boleh berkurang,hati pon ada senang biler g jog

info dari majlis ulama ikatan muslimin malaysia

Image
Assalamualaikum ustaz, Apakah hukum melukis benda hidup seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Ada yang mengatakan jika kita lukis gambar benda hidup, nanti di akhirat Allah akan menyuruh kita menghidupkan lukisan yang kita lukis tersebut, sejauh mana kebenaran kata-kata ini dan adakah dalil quran dan sunnah yang mencoretkan demikian? Jawapan: Wa’alaykumussalam الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين Tidak harus melukis gambar objek-objek yang mempunyai ruh seperti manusia dan haiwan samada dilukis, diukir diatas kertas, batu, dinding dan sebagainya. Larangan ini juga meliputi gambar yang sebenar ataupun gambar yang diandaikan atau dikhayalkan seperti gambar Maryam, Isa, kuda terbang, manusia yang mempunyai banyak tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan dalil-dalil berikut :- عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ وَقَدْ سَتَّرْتُ عَلَى بَابِي دُرْنُوكًا فِيهِ الْخَيْلُ ذَوَاتُ ا

tersedar dari khilaf, syukur

Assalamualaikum Allah sentiasa ada dengan hamba-Nya yg sentiasa mengingati-Nya kali ini hamba mungkin lalai, hamba mungkin saja leka.. lalu kecundang . atau kata memakan diri. Namun nekad yg kali ini beserta dgn munajat pada-Mu wahai Pencipta.maka lorong lah hamba pada jalan-Mu.  satu kata yg kupetik dari FB, Allah berikan kita insan yg baik hadir sementara di dalam hidup ini.bagi memperbetulkan kita yg sedang khilaf.. lalu ditariknya kembali insan tersebut,, sesungguhnya bagi melihat perubahan itu sama ada kerana insan utusan ataupun kerana-Nya Sesungguhnya d dalam khilaf ini ku tersedar. lalu memohon agar ditemukan jalan yg terbaik.. agar tidak menyakiti hati insan yg lain mudahnya kala mengungkap kata, pahitnya kala diri ini sendiri mungkin xlagi mampu utk mengotakan janji pada saat dan ketika ini hambamu tidak sesekali meratapi mahu menyesali apa yg berlaku.. cuma beristigfar memohon keampunan dan petunjuk.  agar ketenangan ku peroleh, agar keredhaan-Mu ku miliki. kesedara

kita berubah setapak demi setapak dgn izin-Nya .amin

Image
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman www.zaharuddin.net Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :- "Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?" Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin. " Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu. Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?" "Tentulah kepada