info dari majlis ulama ikatan muslimin malaysia


Assalamualaikum ustaz,
Apakah hukum melukis benda hidup seperti manusia, haiwan dan sebagainya. Ada yang mengatakan jika kita lukis gambar benda hidup, nanti di akhirat Allah akan menyuruh kita menghidupkan lukisan yang kita lukis tersebut, sejauh mana kebenaran kata-kata ini dan adakah dalil quran dan sunnah yang mencoretkan demikian?
Jawapan:
Wa’alaykumussalam
الحمد لله و الصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أجمعين
Tidak harus melukis gambar objek-objek yang mempunyai ruh seperti manusia dan haiwan samada dilukis, diukir diatas kertas, batu, dinding dan sebagainya. Larangan ini juga meliputi gambar yang sebenar ataupun gambar yang diandaikan atau dikhayalkan seperti gambar Maryam, Isa, kuda terbang, manusia yang mempunyai banyak tangan dan sebagainya.
Ini berdasarkan dalil-dalil berikut :-
عَنْ عَائِشَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ سَفَرٍ وَقَدْ سَتَّرْتُ عَلَى بَابِي دُرْنُوكًا فِيهِ الْخَيْلُ ذَوَاتُ الأَجْنِحَةِ ، فَأَمَرَنِي فَنَزَعْتُهُ . رواه مسلم (2107)
Bermaksud: Daripada Aishah r.a berkata: Satu ketika Rasulullah SAW pulang dari satu perjalanan dan memerintahkan aku untuk menanggalkan langsir yang menutupi pintu terlukis gambar kuda bersayap maka akupun menanggalkannya
 Dalam satu riwayat yang lain Aishah menceritakan bahawa beliau membeli sebuah bantal yang ada lukisan pada bantal berkenaan menyebabkan Nabi SAW tidak masuk ke rumah. Aishah pun berkata: Aku bertaubat kepada Allah terhadap dosa yang aku lakukan. Nabi SAW bertanya: bantal ini untuk apa. Aishah berkata: untuk Tuan duduk di atasnya dan bersandar .Rasulullah SAW bersabda :
 Assalamualaikum.. baru2 ni ad pg rumah saudara dan aku tgok ada lukisan tangan g sangat hidup. dalam rumah aku pun ada 1 lukisan abah punya yg dikatakan wajah mahsuri yg original...so secara teknikalnya setelah sebok bertanya dan mengugel akhirnya dapat jawapan yg aq ase yakin la 
pencerahan ini berjaya dan mari kita share bersama.. sabda Rasulullah SAW " sampaikanlah dariku walau sepotong ayat"

: ( إن أصحاب هذهالصوريعذبون يوم القيامة ، يقال لهم : أحيوا ما خلقتم ، وإن الملائكة لا تدخل بيتا فيه الصور) .الراوي:عائشة المحدث: البخاري – المصدر: صحيح البخاري – الصفحة أو الرقم: 5957خلاصة حكم المحدث:)صحيح(

Bermaksud: Sesungguhnya pelukis-pelukis gambar ini akan di azab pada hari qiamat dan dikatakan kepada mereka: hidupkanlah apa yang kamu cipta. Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang ada di dalamnya gambar

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM