FLORAL MASK

Assalamualaikum....  :)
hampir masuk sem ke lima di USM, alhamdulilah aku makin betah tinggal dan hidup sebagai mahasiswa kat sini. Best taw kat sini rasa macam rumah n tempat sendiri. Pe yang dapat aku katakan aku bahagia kat sini
so sem 4 ni  aku dah mulakan bussiness penjualan FLORAL MASK aku dengan jayanya

Masa mula nak niaga floral mask kat dalam USM ni aku cuak gak.. gila kau x cuak aku kuo modal banyak kot.. sebab aku stokis hahahaha. Nekad disebabkan suatu perkara yang sangat membuatkan aku pejam mata & buat saja tanpa mahu pikir2 pape

memula aku segan habis nak publish floral mask ni dalam personal fb aku. Berjuta kali aku pikir dah nak ke tanak nk ke tanak.. last2 arghhhhhh aku pejam mata dan publishhhh. Aku malu nak publish kan fb sebab aku pikir fb aku ni personal dan hanya berkaitan dengan pelajaran je. 

Dengan lafaz bismillah aku tekan " POST"  
dengan segala ayat promosi ayat pasaran ayat serbaguna untuk marketing habis berterabur kat wall fb aku skg nih hehehe ^__^ habis segala ilmu yang aku serap daripada grop stokis kat fb tu aku humban kan dalam iklan-iklan di fb aku. aku redhoo je ape nk jadi time tu kawan nk benci ke nk jelak ke ngan post2 iklan aku aku dah x peduli sebab aku dah takde cara laen. 
aku pikir masa tu aku dah beli stock dan aku dah melabur modal bukan sikit, tapi ratus2 kot, takan aku nak modal hangus mcm tu je ? dah la guna duit ptptn. mne aku nak cekau saving lagi sbb aku start bussiness nia awal bulan 4. aku ada lagi 2 bulan untuk hidup dlm usm ni




dan nekad tu yang membuatkan awal bulan 5 2014 aku dah restock sebanyak 3x akhirnya . alhamdulilah syukur. modal dapat untung pun dapat. aku bagi semua untung kat mak.
aku bagi mak simpan dlu semua duit untung separuh utk mak guna n separuh lagi untuk saving. Aku target sebelum raya ni saving bersih aku ngam2 1K

Ada urusanku dengan 1K tu.. aku kena usaha aku takan jatuh terus. selama hampir 2 bulan aku jalankan bussiness ni, publish dalam fb, tweeter, insta, aku ad guna pos laju dan cod ( cash on delivery )
paling banyak student usm la yang aku cod merata. paling banyak customer area RST, tekun N saujana. naek pandai2 aku travel area desa sane taw. thumbs up la izzah !!

banyak dugaan yg aku tempoh walau pun baru setahun jgung buat bussiness online nih. ragam customer jgn citer lah ada yang ok ad yg x ok. aku sabo jelahh. menangis tataw baper banyak kali dah. asala ad je maslah aku mula rasa tensen , gelisah, susah aty n mcm2 lagi . Berniaga sambil belajar ni bukan benda senang. 
Apa pun yg kita nak buat mesty kne ada komitmen dan aku rasa memang susah . mana nak handle meniaga lagi, nak kuliah, asgment, tutorial. 




Rasa give up tu ada mana mungkin takde... tapi aku cekalkan hati dan terus je pndang ke depan. bagi aku asal ada usaha, nekad, azam , doa dan tawakal sepenuhnya pada Allah mesty akan ada jalan.
Well aku yg pada asasnya langsung takde basic dalam niaga online akhirnya dgn bimbingan dan kongsi ilmu dengan stokis laen aku berjaya jugak.. nk kate gempak tu memang x lah.. tp untuk bg duet poket kat mak rm100 sebulan tu dalam status sebagai pelajar sepenuh masa aku dah rasa sangat syukur dah. cma yg pastinya aku x boleh lalai dalam pelajaran. sebab itu matlamat utama datang USM ni.. belajar belajar dan belajar. 

Aku harap dengan hasil jualan floral mask ni jugak aku dapat bantu mereka yg lebih memerlukannya. Jadinya korang sesape yang nak cuba produk floral mask yang aku jual ni boleh pm pm fb aku eh ^__^
aku yakin dengan produk yang aku jual ni sebab aku sndiri pun pkai produk ni taw. efektif dan x rugi adanya.

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM