Jerebu dan penangguhan Kuliah

Disebabkan bacaan IPU di Pulau Pinang time ni dah mencecah 180, maka countdown kami supaya kuliah pada esok hari ditangguhkan dah menjadi kenyataan
yipiiiiiii !!

lewat tengah malam tadi baru aku tahu dari group wasap BK 44 yang USM dah tangguhkan kuliah. Well said memang patut tangguh pun sebab sepanjang hari tadi aku dok buat student cab memang parah la tekak. Selama ni Misah yang paling sensitif dengan jerebu. Biela pulak sampai pegi Pusat Sejahtera terus pagi-pagi tadi sebab tekak dah makin teruk.

bukit belakang RST tu dah memang macam kat alam kayangan dah. nampak pun samar-samar je. Aku naik seram tengoknye. sampai kat Queensbay plak kat tepi pantai tu terus tak nampak batu kawan kat seberang. tutup habis woo.

Pengumuman yang dibuat tadi tertakluk kat kuliah esok jee. staff USM still kena datang keje cuma tak dibenarkan buat aktivit luar je. Tak kisah la asalkan esok takde kuliah Dr Azwan hahaha. Tapi ape pun kerja , asigment , dateline on jugak. yang beza cuma kuliah siang hari takde.

Aku rasa sepanjang musim jerebu ni yang dah macam jadi aktiviti tahunan kat Malaysia ni semua penduduk dah kena siap sedia dengan penjagaan kesihata. contoh minum banyak air masak sentiasa, pakai face mask N95 bukan surgical mask tu. sebab tu tak bagi efek ape pun.

Hurm.. cuti pun tak dapat balik rumah rasenye. rindunye kat rumah woo. baru seminggu lebih je ni tak balik rumah. rindunye kat mak semua. semoga sem ni yang sem akhir dapat bagi pengalaman manis walaupun pahit dengan penuh makna. omnomnomnom ...

ok done. meh buat eseimen and segala benda yang berkaitan dengan pelajaran.. dan juga raikan cuti terkejut esok. harapnye ade sambungan lah ye cuti ni . selamat malam .

next entry kita buat dalam BI. harap dapat membantu peningkatan bahasa inggeris dengan lagi bagus. alang-alang merapu dengan entry dan kenangan yang bakal ada baik juga kalau manfaatnya datang sekali .


Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

Final Year di USM

FYP and internship