Atasi kebosanan@semangat yang x kunjung tiba

Assalamualaikum :-)
korang tade semangat nak bace buku ?
Maklum lah biasanya minggu study week , minggu axem memang banyak dugaan kan. Setan bersepah-sepah berdansa berbisik kat tekinga korang : wei takyah la belajo wei.. jap2 lagi pon boleh..dan je jangan nak kalut sangat..  ! "
betul x ? sebab kadang2 aku pun berperasaan yang sama hehehe. 
So sekarang patotnya time aku study tapi aku pilih untuk updates dulu sebab nak naek kan mood, dan kat sini aku ada tips apa yg korang patot buat bila semangat nak study tak jugak datang sedangkan masa dah semakin suntuk dan korang bukannye bakal Bill Gates di masa hadapan pun kalo pemalas macam ni.

1. HINDARI PERKARA YG MELALAIKAN

ok untuk yang ini aku nak kongsi 1 story. satu ari tu aku tengah skroll wall FB tetibe aku ternampak satu kata2 hikmat yg berbunyi  " i pass some subject in my class while my friends pass it all. Now they are engineer at microsoft and im the owner of the microsoft-Bill Gates "
bagi aku bagi peajar yg pemalas mcm aku ni itu merupakan kata2 harapan utk menyambung kemalasan aku dan berharap itu ayat untuk sedapkan hati jer  -_- . So nampak x mcm mana aku meyimpangkan sesuatu yg x betul. Jadi kalo dapat kata2 hikmat mcm tu jgn korang yg pemalas ni duk ayat tu dalam pala otak bila datang time malas,... ingat 1 ayat je -----> orang malas memang sentiasa GAGAL !!

2. JANJI DENGAN DIRI SENDIRI

bila datang angin meroyan korang tu yang malas belajo. ape kate korang pikirkan benda yang paling korang nak buat andai saat tu dan minggu tu korang tade axem. wahh mesty mcm2 korang teringin kan..maklum lah bab nak enjoy laju je semangat tu mampir kan. ok contoh kalo time tu korang nak sangat marathon citer tamil kat tv o utube ke  ( mcm ape yang aku rasakan sekarang ni ) so korang janji lah. aku dapat bace sepuluh buah buku ni aku boleh tengok citer tamil tu selama 2 jam setengah. kalo x setel jangan harap dapat temgok.Korang kena tegas dengan diri sendiri. Time kat u mcm ni tade mak o cikgu yg nak pantau kita. pandai2 lah berfikir untuk masa depan sendiri sama ada nak gelap atau cerah...atau suram :-D

3. ISTIQAMAH

Dalam setiap apa kebaikkan atau perubahan ke arah yg positif yang kita cuba lakukan dalam diri kita mestilah beristiqamah. Kata orang stiqamah tu x menjadi kalo hati dah hitam..Oleh itu korang semua kena egt istiqamah tu datang bersama doa dan penyesalan atas kesilapan masa lalu dan berusaha keras untuk memperbaiki diri. benda baek nak buat bukan mudah jadinya hati kena cekal dan niat kena tetap. Korang kena sedar orang pertama yg rasa kecewa dengan kita andai kita gagal dalam sesuatu perkara yg kita nak sangat ialah diri kita sendiri... dan orang pertama yg berbangga dengan kejayaan yg selama ini kita idam-idmkan jugak adalah diri kita sendiri. 

4. PUKAU DIRI SENDIRI DENGAN BAYANGAN INDAH

Korang cuba seru sikit semangat tu supaya datang dalam diri korang dengan membayangkan kejayaan masa bukak campus on9 tu untuk cek result sem nati. korang bayangkan pointer korang yang tinggi cecah langit. bayangkan malam2 yang korang lalui bersama tidur yang lena belaka sbb pointer cantik. Kalo korang nak tahu semangat yang tinggi boleh mengatasi 99% kepandaian. bila minda kita dah di set dengan keadaan yang mendesak disertai denga semangat yang berkobar2 secara berterusan budak dena list tiap sem pun korang boleh redah kasi PECAH!! Jadi lihatlah betapa semangat dalam melakukan sesuatu perkara itu sangatlah penting. bila diri kita sentiasa bersemangat otak kita akan sentiasa berfikiran positif dan fizikal kita sentiasa untuk berjuang demi masa depan kita sendiri

5. LAYAN LAGU

Ha ni tips aku sendiri lah. Aku masa nak STPM dulu start dari kul 9malam tu aku dah melepak dalam bilik atas meja. aku bukak nota dan pasang earphone smpai lah kul 3 pagi. Masa tu memang keadaan aku sangat istiqamah dalam menuntut ilmu dan berkat doa mak abah maksu atok..dan ahli keluarga yang laen, aku akhirnya berjaya jejak kaki ke USM ni..universiti impian sejak dari form 5 lagi. Alhamdulillah. 

# ok aku ras tu jelah tips dan rapuan aku yang x pernah lekang setiap kali mengupdates entry. aku harap ada setengah daripadanya dapat membantu.tak banyak sikit pun jadi lah niat aku untuk berkongsi apa yang aku tahu :-)

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM