Kalam Rindu Di Akhir Disember~

Assalamualaikum...
Menaip kala hati kesunyian.. meneliti setiap bait dari hati
Segalanya kelihatan mempesonakan. Kadang-kadang x semua kata boleh diungkap secara terus
Penghujung Disember ini menjadi saksi keretakan hati ..kepatahan jiwa..
Kekuatan yang dikumpul untuk terus maju ke hadapan..aku lebih daripada paham situasi ni. Sebab itu aku hanya bertahan....oleh itu

Aku pilih
Untuk terima seadanya
untuk faham sepenuhnya
untuk bertahan semampunya
untuk mencinta sesungguhnya
untuk teruskan bersamanya
untuk setia selamanya

Aku ini wanita yang distreotype kan sebagai kaum yang lemah. lemah emosi..lemah fizikal ,lemah segalanya. Namun anggapan sebegitu x lagi boleh diterima pakai pada zaman millenium ni.. Entry kali ni menggila punya jiwang dan agak bercelaru sebab memang aku pilih utk updates kali ni kala kecelaruan menimpa. Sekadar coretan basi di blog yang tiada follower.

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM