Puisi Cinta Dr. Dayana Lokman

Assalamualaikum.. hmmm penat lah hari ni .
semalam penat ,hari ni penat esok pon pasti penat juga kan,,,
satu yg aku usaha egtkan diri aku yalah jangan mengejar dunia melebihi ibadah dan engatan kita kepada Allah SWT  :-)  nasihat bersama kengkawan 
Ya entry hari ni mengisahkan tentang kehangatan cerita Asyraf Muslim yg baru sahaja berkahwin dan meninggalkan industri hiburan demi mencari ketengan dengan gaya hidup islam.. namun tindakannya menikahi seorang gadis sebagai isteri kedua di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama beliau telah menimbulkan huru-hara dan kecaman kepada peminat terutanya kaum hawa lah
well bagi pihak aku ia sedikit sebanyak mengecewakan. Yalah hati wanita rapuh ibarat kaca, kini dah retak berjuta angkara suami .memang yg dibuatnya tidak salah...namun caranya itu
hidup kita ke hadapan tak siapa yang tahu kecualinya. telah dicatatkan di Loh Mahfuz, maka aku mohon dan berdoa agar Dr. Dayana tabah. kuat
kita ikuti  luahan rasa beliau ...ternyata dalam tabahnya terselit duka yang maha hebat. hanya pada Allah dy mohon kekuatan rohani dan jasmani. 

Tak  usah  bicara  tentang  payung  emas
kerana  aku  belum layak  iktiraf  diri  sesuci  Khadijah  atau  Fatimah
Tak  usah  bicara  tentang  zuriat
Kerana  aku  bukan  Allah...yang  mudah  meyebut  kun  fayaku

Tak  usah  bicara  tentang  setia 
kerana  aku  pasti  kau  tahu  aku  bukan  perempuan  jalanan
Tak  usah  bicara  tentang  tanggungjawab  
Kerana  aku  tahu  kau  lebih  arif  tentang  itu
Tak  usah  bicara  tentang  kesempurnaan
Kerana  aku  terima  kekurangan  kau  kerana  Allah

Tak  usah  bicara  tentang  dia
Kerana  aku  diasingkan  darimu  kerana  dia
Sucinya  aku,kau  miliki  ketika  di  Makkah,
Hebatnya  dia  kau  sembunyikan  ketika  di  Thailand

Berhenti  beralasan  ini  semua  jodoh  ketentuan  Allah
Kerana  satu  dunia  tahu
Hanya  itulah  jawapan  mudah  untuk  lepaskan  kekhilafan  yang  disengajakan

tabah dan terus tabah....... hanya itu yg mampu  aku  ucapkan  buat  Dr Dayana. Sungguh kalau aku  di tempat dia tak mungkin aku sesabar dan setabah itu. Andai  lelaki tahu perkara halal itu amatlah sakit bagi wanita. Dan andai wanita itu tahu perkongsian itu mereka jua yg terseksa.

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM