Soalan Baginda Rasullulah SAW kpd Iblis Laknatullah

Assalamualaikum
moga entry kali ini di bulan Ramadhan yg mulia mampu memberi manfaat kepada kita  :-)  bersama. Insha Allah

Nabi bertanya pada iblis " Hai iblis ! apabila umatku berdiri bersembahyang betapa halnya engkau ?
Maka sembah iblis laknatullah , " Masa itu adalah sebesar-besar kesusahan bagi diri hamba. Gementarlah seluruh tubuh hamba dan tulang hamba.
 Maka pada waktu itu hamba kerahkanlah sekalian syaitan dan iblis menggoda orang hendak sembahyang, pada tiap-tiap manusia itu dengan berpuluh-puluh iblis datang menggodanya sesetengahnya pada anggota tubuhnya supaya malas sembahyang.
Dan sesetengahnya masuk pada hatinya supaya was-was di dalam sembahyangnya dan terlupa berapa bilangan rakaat sembahyangnya dan berbimbang pada pekerjaan dunianya.
Dan hatinya hendak segera keluar dari sembahyangnya dan sesetengah iblis masuk ke dalam mata orang yg hendak sembahnyang supaya ia tiada khusyuk ,yakni tiada hadir hatinya di dalam sembahyang kerana bahawasanya orang yang menjeling ke kiri dan ke kanan di dalam sembahyangnya tiadalah tetap hatinya dan hilanglah khusyuknya.
Dan sesetengah iblis masuk ke dalam telinganya supaya orang sembahyang itu memasang telinga mendengar orang yg bercakap dan mendengar bunyi-bunyian dan sebagainya yang sia-sia.
Dan sesetengah iblis itu duduk pada belakangnya supaya orang yg bersembahnyang itu tiada kuasalah untuk berlama-lama di dalam sujudnya atau di tahiyatnya dan di dalam hatinya berkehendakkan segera habis sembahyangnya itu.
Kerana hal yg demikian itu adalah membawa kepada kurang pahala sembahyang.
Maka sekiranya sekalian iblis itu tidak dapat menggoda yg demekian maka hamba akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman "

Comments

Popular posts from this blog

Desasiswa Cahaya Gemilang~

FYP and internship

Final Year di USM